Jadikan usaha niaga sebagai satu Ibadah.

Aku pernah diajar bahawa Allah tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya.
Sedangkan apa yang sedang aku lakukan sekarang adalah dalam ruang lingkup perniagaan. Pemahaman awalku bahawa Ibadah itu ialah tentang rutin ibadah seharian,belajar ilmu agama,solat,zikir, iktikaf, berjamaah ke masjid ,berdakwah dan amalan agama sahaja.
  Rupa-rupanya ibadah mempunyai skop yang lebih luas dari itu. Bila diteruskan pengajian tadi bahawa selain ibadah asas tentang solat,wirid zikir,tahlil,menguruskan jenazah,membaca AlQuran,Zakat,Haji puasa dan seangkatan dengannya.. kehidupan seharian kita selain perkara tadi juga menjurus kepada ibadah.
 Mana mungkin masa 24 jam sehari yang diberikan Allah itu dapat dipenuhi sepenuhkan dengan hanya amalan rutin sahaja.Bagaimana dengan aktiviti harian kita yang lain.
Berniaga,mengajar di sekolah,bertugas di pejabat,memandu kenderaan,makan,minum,bergaul malah tidur kita juga tidak lari dari ruang lingkup Ibadah kepada Allah SWT.
 Takkanlah masa kita tidak bernilai langsung bila berurusan dengan hal-hal keduniaan. Berapa lama saja rutin harian untuk ibadah wajib dan sunat mampu kita lakukan dalam sehari?Paling lama bila di campurkan mungkin dalam 2 atau 3 jam sehari,bagaimana dengan baki 20 jam lagi?,adakah jadi sia-sia sahaja.
 Selanjutnya aku diajar bahawa semua perkara selain ibadah asas tadi akan di nilai sebagai ibadah asal saja memenuhi 5 Syarat. Berniagalah,mentadbirlah,bertanilah atau lakukan apa saja hatta tidur sekali pun bila memenuhi 5 Syarat akan di nilai sebagai ibadah,mendapat ganjaran pahala dan memenuhi kriteria ibadah.
 5 Syarat itu adalah
 1. Niat mesti betul.
 2.  Perkara yang di lakukan mesti betul mengikut Islam.
 3.Perlaksanaan mesti betul.
 4.Natijah(hasil) mesti betul.
 5. Tidak meninggalkan perkara asas ... Solat,zakat,Puasa,Aurat.
Selama mana perkara yang kita lakukan memenuhi Syarat ini,lakukanlah apa saja,in Sha Allah kita dalam lingkungan ibadah kepada Allah.

Ulasan

Catatan Popular