Kasih Sayang

Ada kisah yang yang hendak aku kongsikan kali ini,mana tahu ia berguna.Semua pun tahu,hari ini Ahad 11hb 2015,Negeri Johor memulakan sesi persekolahan setelah ditangguhkan seminggu. Berbagai ragam anak-anak bila berada di sekolah,tak cukup cuti agaknya,masuk dah mengantuk satu macam,kerjanya nak tidur saja. Lain pula halnya pada yang baru daftar darjah satu,memang tak menang tangan ibu bapa dan cikgu melayan karenah anak-anak ini. Apa yang aku perhatikan yang paling sukar melayan anak yang menangis,sebab tidak pernah berpisah dengan parents,siap kejar satu bangunan,sebab nak lari keluar kelas,ikut ibunya balik.Dah kena tinggal pula lagilah budak tu punya melalak,sampai habis kelas,habis gegar pintu pagar dibuatnya.Harap jangan sampai tercabut pintu sudahlah ya.Tak taulah apa kisahnya untuk seminggu mak bapak melayan karenah anak-anak seperti ini. 
Sebenarnya bukanlah itu sangat yang aku nak sembangkan di sini.. Tapi kisah ini mungkin ada kaitannya. 
Sepanjang sebulan lebih cuti persekolahan 2014,isteriku ada menjaga seorang anak temannya,sebabnya kedua ibu ayahnya bekerja.Pada mulanya aku tak berapa setuju dengan keputusan untuk menjaga anak itu,tapi bila isteriku kata ingin membantu sedikit pelajaran anak itu dan didikan agama padanya,aku akur akhirnya.Pada pandangan aku,rumah yang aku diami sudah cukup penuh dengan anak-anak yang ada dengan segala isi rumah sekali ni nak ditambah dengan anak orang lain..dah macam nak buka Tadika gamaknya.Tapi tak apalah..niat ikhlas isteriku itu mungkin ada hikmahnya nanti..mana tahu kan. 
Sepanjang sebulan lebih,anak itu dihantar ke rumahku.Kami berdua melayan anak itu sama seperti anak-anakku juga,masa belajar,main ibadah,makan dan lain sebagainya tak banyak bezanya.Jam 9 malam ibunya pulang kerja ambillah anak itu pulang,Suasana itu berjalan sehinggalah pada Sabtu 10hb.semuanya berakhir dengan baik sekali.Adalah sedikit imbuhan yang isteriku terima kerana menjaga anak itu.Selepas ini kami tak lagi menjaganya seperti selalu.Kembalilah anak itu kepada ibu ayahnya sepenuh masa.. 
Tetapi apa yang memeranjatkan aku,malam ini menjelang tidur isteriku menceritakan perihal anak itu...Dia nak lari dari rumah nak duduk rumah kami..Laa apahalnya ni kataku.Anak tu Darjah 3 tahun ini..rasanya kecil lagi untuk lari dari rumah.Ibu anak itu bercerita kepada isteriku katanya anaknya sambil menangis berkata yang ibu ayahnya tidak sayangkan dia lagi.Entah apalah yang berlaku sebenarnya sampai jadi begitu..berapa harilah  sangat kami sekeluarga bersama anak itu..rumah kami ni,mak ai..kecil dan penuh dengan barang2 maklumlah ramai penghuninya..kalau nak dibandingkan dengan rumah mereka..jauh sangat bezanya..Aku pun tak pasti dimana silapnya..sampai jadi begitu.Apa yang aku nampak kasih sayang ini sifatnya sejagat..universal orang putih cakap.Siapa pun,anak kecil ke orang dewasa ke,orang jahat ke,orang baik ke, muslim ke,non muslim ke malah apa saja yang tumbuh melata di dunia ini pendek kata apa saja yang bernyawa..perlukan kasih sayang.Dari hati bukannya ambil hati.. Kajian membuktikan pokok pun boleh hidup subur bila tuannya  menunjukkan kasih sayangnya dngan belaian dan berbual dengan pokok itu.Itu pokok..tambah lagi kalau manusia.Itulah rasaku sebabnya anak itu nak lari dari rumah. Mungkin tak cukup kasih sayang ke,kurang didikan agama ke..tapi aku tak berani cakap lebih-lebih,masing-masing ada keluarga tahulah ibu ayah macamana yang perlu dilakukan pada keluarga masing-masing kan. 
Itulah yang aku nak kongsikan di sini.taklah sampai niatku nak memburuk-buruk orang lain.Aku pun bukannya baik sangat pun.Cuma sekadar memberi pandangan..kalau ianya baik bolehlah kongsikan,andai buruk campakkan jauh-jauh,buang saja dalam sungai..habis cerita.Sekian...

Ulasan

Catatan Popular