Susah Senang Berniaga

Ini merupakan posting pertama saya setelah melakukan sedikit kajian sendiri tentang keberkesanan blog ini. Apapun untuk saya yang penting adalah bagaimana tulisan ini memenuhi kehendak agama. 
Dalam kehidupan biasa saya adalah seorang pengusaha makanan sejuk beku. Syarikat yang saya usahakan iaitu Mohd Johann Enterprise setakat ini mengeluarkan produk utama iaitu 
1. Tepung Bola Roti Canai.
2. Roti Canai Segera.
3. Roti Boom.
Produk ini sudah berada di pasaran terutamanya di Segamat Johor sejak 2016. Usaha ini banyak dibantu oleh Jabatan Pertanian khususnya cawangan Segamat. Bermula dari ruang dapur rumah ke ruangan stor hinggalah kini ada bengkel yang berukuran 20 kaki X 10 kaki. Disitulah bermulanya urusan rasmi dari mendapatkan sijil Halal, Sijil MeSTI dan MyIPO harta intelek. Pelebelan dan pembungkusan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan industri. 
Bermula dari memenuhi minat sendiri kini nilai Fardhu Kifayah berdasarkan ilmu yang ada di pertingkatkan menjadikan produk Roti Canai Segera Abi Johann lebih baik dan selari dengan jenama yang ada di pasaran.
Sebenarnya banyak perkara lagi yang perlu dilakukan agar mampu bersaing bersama dengan pemain-pemain industri makanan terutamanya makanan sejuk beku ini. Apapun saya akan melakukan apa yang ada di tangan dahulu. Apa juga keperluan lain akan sentiasa di beri perhatian dan di naik taraf, agar produk keluaran Melayu dan Muslim ini berada di pasaran Malaysia juga kalau mampu di persada antarabangsa, In Sya Allah .
Moga usaha saya dipermudahkan Allah dan mendapat sokongan terutamanya dari kalangan pengguna Islam di Malaysia.                                                                                                                                                                             Ini adalah produk ketika permulaan perniagaan saya  




 Waktu ini proses di lakukan di bahagian dapur dengan menggunakan peralatan yang minumum dan berkongsi dengan peralatan dapur rumah.     
 



Inilah adalah moment-moment indah yang akan terus jadi inspirasi dalam mengusahakan produk Roticanaisegeraabijohann

Ulasan

Bob berkata…
Saya memang dari dulu minat roti abi ni... apa pun utk blog ni, saya harap bisness abi terus berkembang dan blog ni jugak menjadi inspirasi usahawan anak melayu lain utk terus maju.. insyaallah
abijohann berkata…
Terima kasih En Bob,usaha yang tidak seberapa ini dibina dengan kerjasama dan sokongan bersama.Semoga doa tuan di makbulkan Allah.. aamiin

Catatan Popular