Susah Senang Berniaga 2

Tulisan ini adalah sambungan dari petikan saya sebelum ini iaitu Susah Senang Berniaga. Perniagaan yang telah saya usahakan secara sepenuh masa ini telah pun sedikit sebanyak mengalami perubahan. Walaupun perubahan itu tidaklah begitu ketara dan drastik tetapi untuk saya ianya sangat bermakna dan memberi keyakinan bahawa inilah tempat saya berkalobrasi dengan minat saya dan wadah untuk saya beramal dalam konteks Fardhu Kifayah juga menyediakan beberapa peluang pekerjaan kepada orang lain. 
 

 Saya percaya pada rezeki Allah bahawa sekuat mana kita berusaha dan sejauh mana kita pergi,andai itu yang tertulis sejak azali maka itulah yang kita akan perolehi. Itulah yang berlaku pada saya sekarang. 
Jika di singkap sedikit perjalanan hidup saya, selepas SPM (1984) saya mula berkerja di bandar kelahiran saya Mersing Johor. Penghijrahan ke Johor Bahru pada 1985 adalah titik tolak untuk meneroka kehidupan baharu saya. Di sini saya bertemu jodoh. Pada 10hbOktober 1988 saya di ijabkabul dengan Puan Noraini Abu(Orang Jambi Rengit) di Larkin Jaya Johor Baharu.Dengan beliau saya dikurniakan 6 orang anak. Namun Allah lebih menyayangi beliau,bersama beliau cuma 13 tahun. Hayatnya tidak panjang,pada usia 30 tahun isteri saya pergi  buat selama-lamanya . Moga Allah merahmati almarhum isteri saya dan di tempatkanNya bersama-sama para solihin ..Aamiin 
Namun kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu kuat untuk anak-anak saya. 
Liku kehidupan terus saya hadapi, dengan kudrat dan apa yang ada saya harungi juga bersama anak-anak. Jodoh baharu saya muncul selepas itu bersama Puan Reani Binti Yusof orang Tahang Rimau Segamat.  Dengan beliau saya mempunyai 4 orang anak dan seorang anak dari perkahwinan isteri saya sebelum itu. Doakan kami bahagia dan kekal hingga ke Jannah .. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Maaf lah kerana menyelitkan sedikit kisah rumahtangga saya di sini. Mereka semua adalah sumber kekuatan saya selama ini. Terima Kasih.
Dari tahun 1985 hinggalah 2006 saya tidak berada di suatu tempat dalam masa yang lama, hinggalah pada Jun 2006 baharulah saya menetap di Segamat sampailah sekarang. Allah Yang Berkehendak di atas segala-galanya.Setelah merantau lama, rupa-rupanya rezeki saya ada di sini, betul-betul di hadapan rumah saya. sendiri . Namun pengalaman dan liku kehidupan lepas menjadi resepi dan rencah dalam mengharungi fasa yang mendatang. Kejayaan atau Kegagalan itu urusan Allah, adab hamba Allah adalah berusaha segigih mungkin. Tidak ada manusia yang berusaha untuk gagal, semua ingin berjaya. Ada orang yang berkata kalau betul-betul berusaha kita akan berjaya, dan menganggap KEGAGALAN ITU SATU MITOS atau dengan kata lain kita TIDAK BOLEH GAGAL. Itu tanda kita tidak beradab dengan Pencipta kita Allah Rabbul Jalil. Berusaha sehabis baik, gagal cuba lagi.Belajar,cari ilmu timba pengalaman. Tanya pada yang tahu. Berikhtiarlah. Setelah itu berdoa dan bertawakal. Serahkan pada Allah. jadilah hambaNya yang berusaha,bertawakal dan bersyukur.
Banyak lagi yang saya perlu buat, akan saya sambung pada artikel akan datang.
Doakanlah usaha saya ini. Kerjasama dan sokongan sesama kita baik orang perseorangan atau peniaga amat saya harapkan. Kita akan bersama dalam tulisan saya selepas ini. In sya Allah.

 Siaran bersama RTM 1

 
Tepung Bola Roti Canai Harga RM27.00 untuk 100biji @biji 80gram


Ulasan

Catatan Popular