Sebulan Berlalu

Alhamdulillah,sepanjang bulan Feb 2015..28 hari telah berlalu sepanjang itulah juga projek roticanaisegera.blogspot.com berjalan dengan agak baik jauh dari apa yang aku sangkakan.Dari 3 kg pada hari pertama kini sudah mencapai 11kg.Kalau diawalnya seminggu cuma 2 kali untuk proses pembuatan,kini hampir setiap hari aku perlu menguli roti canai sebanyak 11kg..agak penat tapi aku rasa gembira atas apa yang berlaku sekarang..sekurang-kurangnya ada peluang untuk membebaskan diri dari kawalan kerja dari orang lain..selama 30 tahun aku lalui karenah majikan yang pelbagai.. Namun secara positifnya biarlah semua itu menjadi pengalaman berharga..ibarat jadi lulusan dari Universiti Kehidupan dengan Ijazah Kehormat..bukan untuk orang lain tapi untuk aku sendiri juga.

Ulasan

Catatan Popular