Lawatan staf Jabatan Pertanian Segamat


Pagi ini pada sekitar jam 11.30, 23hbApril2015,,3 orang warga Jabatan Pertanian Segamat mengadakan lawatan ke lokasi projek Roticanaisegera,tidak lama selepas aku submitkan borang permohonan untuk bantuan peralatan.Puan Sakinah yang mengetuai rombongan itu meninjau-ninjau keperluan yang layak untuk diberi oleh jabatannya..khabarnya bernilai RM10 ribu.Tetapi itu mengambil sedikit masa,mungkin mengambil faktor keperluan dan peruntukan Jabatan Pertanian. Apa yang aku diberitahu,semalam dan hari ini pun sudah ada 10 permohonan..itu dalam daerah Segamat saja,daerah lain pun perlukan peruntukan juga kan.Jadi pada aku kalau ada rezeki tu dapatlah,banyak juga yang dipohon.Meja Kerja,Set Meja Roti Canai,Pembancuh Tepung 10liter dan Sealer.Benda-benda ni semua kalau diluluskan permohonannya boleh buat projek ini berjalan dengan lebih lancar,INSYA ALLAH.
Aku tidak mengharap lebih,andai projek ini sukses pada masa akan datang..sekurang-kurangnya memberi iltizam dan keyakinan padaku,sebenarnya kegagalan masa lalu bukan bererti aku hilang segala-galanya,Semuanya mempunyai hikmah dan pengajarannya tersendiri.Aku belajar di sebuah Universiti Kehidupan di mana alam ini adalah kelasnya dan Allah itu Gurunya.Terpulang bagaimana aku sebagai Kalifah dan Hamba Allah ini mengusahakan untuk gagal atau berjaya.
30 tahun aku hidup berkerja untuk orang lain,selama itulah aku mengadaptasi apa yang aku fikirkan dalam bentu tindakan.Ternyata banyak yang buruk dari yang baik.Pusatnya adalah otak dan akal. Salah cara berfikir maka tindakannya akan ikut salah,begitulah sebaliknya.Kadang-kadang terlintas di benak fikiranku..kalaulah projek ini aku laksanakan sejak lama dulu alangkah baiknya,sudah lama aku kecapi kejayaannya.Tetapi bila aku balik semula kepada ilmu Allah berkenaan Qada dan Qadar, inilah ketentuan yang ditetapkan  Allah padaku,bila sudah sampai saat dan ketikanya ianya berlaku maka berlakulah ianya.Moga semua ini memberikan aku rasa kehambaan dan yang pentingaku tidak pernah berhenti dari mencari keredhaanNya.

Ulasan

Catatan Popular