Membina Namabaik(kredibiliti)





Pagi ini aku mahu berbicara sebentar tentang produk dan nama baik.Memang tak dapat aku nafikan sesuatu produk itu bukan mudah untk berada dalam pasaran..berapa ramai pengusaha dan peniaga yang berusaha untuk memerah otak bagi mengeluarkan produk mereka.Kos,tenaga kerja,cannel pemasaran,kemahiran komunikasi,pengurusan kewangan dan hal2 yang berkenaan.Bila produk sudah berada dipasaran bagaimana pula untuk mengekalkan dan meningkatkan pula satu perkara lagi.dengan persaingan yang semakin hebat,tak payahlah niaga yang besar-besar,jual air tebu ditepi jalan pun sudahlah..hari ini buka payung minggu depan dah ada payung lain buat peniaga baru,berderet-deratan..habis semua jual air tebu..mula-mula katanya rezeki masing-masing,dah nampak ada yang lebih jualannya..dikatakan "Ini tentu pakai pelaris"tak tau kawan tu punya berhempas-pulas berniaga,tidak kenal siang malam,pelajaran anak-anak entah kemana..Bila satu dah dikatakan pakai pelaris maka yang lain pun betul-betul buat siap dengan pendinding sekali.Sudahnya air tebu kemana pelaris kemana..masuk 6 bulan dah tak ada orang berniaga kat situ,tinggal semua payung dan meja tersadai ditepi jalan.Itu fenomena biasa.Pendek kata dah jadi budaya.
Selanjutnya disebalik persaingan itu ada juga pengusaha yang berjaya meneruskan perniagaan mereka.Menapak selangkah lagi bagi kemajuan perniagaan dan pengeluaran produk mereka. Namun tanpa disedari ada satu perkara yang lebih penting dari semua itu..iaitu membina nama baik.Untuk peniaga baru dan berjaya mengharungi persaingan tadi mungkin agak mudah membina namabaik atau apa yang orang panggil KREDIBILITI. Asal saja peniaga itu tidak dijadikan buah mulut dan umpatan orang itu sudah dikira baik,secara mudahnya orang selesa berurusan dengan kita.Namun bagi peniaga yang pernah jatuh terduduk(mungkin macam aku ni)membina nama baik bukanlah sesuatu hal yang yang mudah,tambah-tambah lagi jika ada hutang lapuk atau semasa yang belum dilunaskan..nak tunjuk muka dikhalayak ramai pun malu bukan kepalangan.Jadi boleh difikirkan bagaimana sukarnya membina semula kepercayaan orang lain terhadap kita.Sudahlah bergelut dengan sumber kewangan yang tak berapa ada,tentang membuka cannel pemasaran baru lagi,kerja berseorangan(nak gajikan isteri pun tak mampu)ada tak ada minta tolong anak-anak,dan hal yang satu ini pula teramatlah penting hendak dibina semula..orang putih kata "rebrand"penjenamaan semula bukan saja pada produk tapi juga pada diri yang empunya produk itu sendiri.Kadang-kadang tanpa produk yang bagus pun namun bila nama baik ini sudah berada di bibir khalayak,mudah saja produk itu mendapat pasarannya, tambah-tambah lagi  bila bila produk itu bagus lebih-lebih lagilah permintaannya akan tinggi.
 

Ulasan

Catatan Popular