Upin dan Ipin

Bila dapat menonton siri kartun Upin Dan Ipin kanak-kanaklah yang paling teruja bahkan aku percaya orang-orang dari semua peringkat umur meminati rancangan ini.Ada unsur lawak dan pengajaran di situ.  


 
Telatah Upin,Ipin dan kawan-kawannya memang mengelikan hati.Penerbitnya Les'Copaque sebuah syarikat penerbitan animasi bumiputra berjaya dalam memberi idea kreatif  dan khabarnya siri ini juga berjaya menarik tontonan dari luar seperti dari Indonesia.
Apa yang aku nak katakan ialah anda perasan tak ?Kalau melihat dalam karya ini keluarga Upin Ipin ini terdiri dari Opah,Kak Ros dan Upin Ipin sendiri.Perasan tak kat mana sumber pendapatan mereka..nak kata Ros dia masih belajar,tak nampak pun dia kerja over time,Opah pulak tak pergi noreh pun tak pun buat kuih ke,tak nampak ada kebun buah,pawah padi ke..upin ipin lagi lah, jadi kat mana mereka ni dapat duit belanja seharian.Tak taulah kalau aku terlepas pandang.Jadi nak kena jelaskan juga hal ini oleh Les'Copaque..jangan marah ye..lawak tetap lawak.

Ulasan

Catatan Popular