Adakah Anda Perasan...
Dalam kehidupan sehari-hari ada perkara yang kita lakukan dengan begitu sahaja tanpa kita perasan keadaan sekeliling.Bila orang beritahu baru kita perasan,mungkin juga bila kita memberi sedikit perhatian atau rasa ambil tahu itu datang barulah kita perasan.Contoh yang mudah di sini ialah bila pintu kereta kita tak ditutup rapat,dah bergerak jauh di jalanraya, pemandu lain siap bunyikan hon kereta nak beritahu,kita buat tak kisah dengan menyangka orang itu cuba menganggu, bukannya tak ada signal merah kat dalam kereta tanda pintu tak rapat,dah memang tak perasan nak buat macamana kan,lagi teruk bila hantar anak ke sekolah,ada pula yang tertidur bawa sampai ke tempat kerja,langsung tak perasankan anak tu,sampai lemas berjam-jam dalam kereta.Inilah antara akibat bila kejadian TAK PERASAN ini berlaku.
Ulasan