Covid19: Penyelesaian Orang Agama

Ringkas saja: Pendemik Covid19 meliputi semua Struktur dan seluruh dunia.Amerika,China,Rusia,Britan malah seluruh ceruk  di dunia ini. Semua struktur hidup di gembur oleh si halimunan ini.. tanpa sempadan dan darjat mahupun warna kulit,lelaki dan perempuan. Abg mahu melihat bagaimana org agama menyelesaikan hal ini kalau tidak pada keseluruhan kes.. paling tidak utk bahagian agama pun sudah memadai.. takkanlah semua dari MKN dan KKM sahaja.. mana idea org agama sendiri.. ini baru wabak.. belum lagi hal-hal negara yg lebih besar dan lebih rumit. 
Rasulullah dan para Sahabat pernah melakar sejarah 300 tahun, bukan tentang ibadah dah rutin harian sahaja malah pentadbiran dan penyelesaian kenegaraan dua pertiga dunia dibawah penguasaan mereka.
Realitinya tentang solat sahaja pun sudah tak dapat satu penyelesaian konkrit, semua kena ikut KKM.. sepatutnya org agama yg tinggi ilmu dan amalnya lebih kehadapan dalam hal-hal yg mereka kuasainya. 
Berapa lama lagi org Islam tak boleh Solat Jumaat..tak kan alasan SOP saja..ada negara yg mampu melaksanakan dgn Norma baru tapi dengan kuantiti jemaah yg lebih ramai.. 12 hingga 30 org tu tak boleh bincang lagi ke. Setiap kali idea baru dtg dari medium lain.. Ekonomi, keselamatan, kesihatan.. bhg agama tunggu dan diam.. tak ada idea baru. Bukan dengan hukum saja ..tapi kebijaksanaan berfikir dan bertindak. 
Suara ini datang dari org awam yg dangkal ilmu nya.. tp berharap sesuatu akan dilakukan oleh mereka yg arif dan berkuasa di bidang agama. Harap teguran ini tidak menjadikan abg bahan sasaran pihak berkuasa agama.. ambillah ini sebagai anjakan paradigma.

Ulasan

Catatan Popular