Pembelajaran Secara Talian Dengan Telegram

Norma Baharu

Sekarang ni Agensi Kerajaan pun dah mula menganjurkan kursus online melalui platform Telegram bagi menggantikan kursus-kursus fizikal yang telah dirancang sebelum ini.

Aku tak pasti dah meluas ke belum perlaksanaannya, tapi salah satu darinya adalah kursus fotografi yang sedang aku kendalikan ketika ini.

Sebagai pengajar, aku rasa kelas dapat dijalankan dengan sistematik dan efisien, jika struktur kelas dirancang dengan baik. 

Jika situasi berterusan hingga akhir tahun, potensi kelas online guna Telegram akan terus meningkat.

Cuma aku berharap juga jika pihak Kerajaan sudah boleh menerima sistem pembelajaran melalui Telegram ini secara total, bolehlah laksanakan juga hingga ke peringkat sekolah. 

Setakat yang aku lihat, pihak sekolah masih menggunakan aplikasi Whatsapp yang pada aku masih banyak perkara terhad.

Jika nak berkomunikasi antara guru, pelajar dan ibu bapa, boleh guna whatsapp. Cuma bila masuk bab subjek dalam kelas, boleh la create channel atau group (mana yang sesuai) di Telegram.

Pecahkan subjek kepada group berbeza. Satu subjek, satu group. Atau satu subjek, satu channel.

Dalam setiap group atau channel tu boleh la nak letak link 3rd party untuk latihan ke, video tutorial ke, nota ke, dan sebagainya.

Guru nak create soalan kuiz pun dah boleh sekarang, dengan fungsi terbaru di telegram tu. Buat satu channel, create soalan banyak-banyak pastu kasi link kat murid untuk jawab.

Aku rasa cara macam ni lebih mudah dan teratur. Ibu bapa nak monitor kelas anak pun senang.

Kalau semua benda nak sembang dalam whatsapp, memang jadi serabut. Dengan group taman lagi, group surau, group reunion dan segala macam mak nenek group penuh dalam tu.

Ulasan

Catatan Popular